send link to app

iServices Mobile


4.0 ( 0 ratings )
Бізнесс
Розробник: JABATAN DIGITAL NEGARA (JDN)
безкоштовно

APAKAH I-SERVICES?
I-SERVICES adalah perkhidmatan online yang disediakan oleh MDKS kepada penduduk-penduduk Kuala Selangor untuk membuat semakan/pembayaran akaun secara online tanpa perlu ke kaunter perkhidmatan MDKS.

APAKAH PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN?
Buat masa ini, perkhidmatan berikut disediakan (perkhidmatan lain akan ditambah dari semasa ke semasa):
1. Semakan dan pembayaran cukai taksiran.
2. Semakan dan pembayaran kompaun.
3. Tempahan dewan.
4. Permohonan & pembaharuan lesen.
5. Pembelian dokumen tender.

SIAPA YANG BOLEH MENDAFTAR?
Sesiapa sahaja boleh mendaftar, apa yang diperlukan cuma nombor kad pengenalan tuan/puan serta alamat e-mel yang sah.

KENAPA NOMBOR KAD PENGENALAN DIPERLUKAN UNTUK MENDAFTAR?
Nombor kad pengenalan tuan/puan akan digunakan untuk menyemak akaun tuan/puan dengan pangkalan data MDKS. Ini akan membolehkan data akaun tuan/puan disambungkan kepada sistem I-SERVICES.

KENAPA ALAMAT EMAIL DIPERLUKAN UNTUK MENDAFTAR?
Email tuan/puan akan digunakan sebagai saluran komunikasi diantara I-SERVICES/MDKS dengan tuan/puan. Tanpa alamat e-mel yang sah MDKS akan menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan tuan/puan secara efisien.

ADAKAH PENDAFTARAN MEMERLUKAN SEBARANG BAYARAN?
Perkhidmatan I-SERVICES adalah percuma, tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Ia hanyalah usaha MDKS untuk memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan untuk tuan/puan.

ADAKAN PENDAFTARAN DIWAJIBKAN?
Pendaftaran adalah tidak wajib. Namun jika tuan/puan tidak mendaftar maka tuan/puan perlu ke kaunter perkhidmatan MDKS untuk berurusan dengan MDKS.